Berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi:[1]
“Telah timbul isu tentang pukulan dan menggunakan rotan dalam pengajaran, khususnya terhadap kanak-kanak. Para ahli pendidikan pada zaman kita ini tidak bersetuju langsung tentang pukulan ini[2].
Sebenarnya, pukulan pada asalnya adalah sepatutnya dilarang kerana ia menafikan sikap dan sifat penyayang yang telah kita bincangkan sebelum ini[3].
Contoh ikutan terbaik bagi kita ialah guru kita yang terawal iaitu Nabi Muhammad SAW, yang mana telah dilaporkan daripada hamba baginda Anas: “Sesungguhnya baginda SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya, sama ada wanita, hamba atau binatang”.
(Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan lain-lain)
Islam tidak mensyariatkan pukulan terhadap kanak-kanak kecuali pada satu tempat sepertimana yang disebutkan dalam satu hadis yang menyuruh kita mendidik dan melatih anak-anak solat sebelum baligh, sehinggalah mereka rasa begitu pentingnya menunaikan dan memeliharanya:
“Perintahkanlah mereka (anak-anak) menunaikan solat ketika umur mereka 7 tahun, dan pukullah mereka (jika mereka enggan menunaikan solat) ketika umur mereka 10 tahun”.
(Hadis ini direkodkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim dari hadis Amr bin Shuaib, Imam Nawawi menyatakan darjat hadis ini sebagai baik)
Di sini dapat kita simpulkan bahawa tidak diharuskan memukul terhadap kanak-kanak yang masih pada peringkat awal usia, tetapi diharuskan pada umur 10 tahun. Juga tidak harus memukul kecuali setelah mereka diperintahkan, disuruh, diajak dan didik dalam tempoh 3 tahun.
Oleh itu, disyariatkan pukulan pada peringkat tersebut sebagai satu peringatan kepada mereka tentang betapa kuatnya perintah tersebut, keprihatinan ibu bapa, betapa pentingnya perkara yang dituntut tersebut (menunaikan solat) dan ianya tidak boleh diperkecilkan atau diremehkan.
Sebahagian ibu bapa hanya mengatakan kepada anak mereka: “Solatlah wahai anakku”. Kemudian mereka tidak ambil peduli sama ada anak mereka telah solat atau belum, sama ada mereka ikut perintah ibu bapa mereka atau masuk telinga kiri keluar telinga kanan?
Sebagaimana ibu bapa begitu prihatin terhadap perkembangan anaknya dalam urusun dunia, maka sepatutnya mereka juga menunjukan sikap prihatin terhadap perkembangan anak mereka dalam urusan agama, bahkan lebih penting dan utama.

Dalam hal ini, kedudukan seorang guru adalah sama dengan ibu bapa. Maka diharuskan bagi guru sepertimana diharuskan kepada ibu bapa dalam beberapa waktu dan keadaan. Perkara ini (memukul) merupakan pengecualian dari prinsip asal yang boleh digunakan dalam keadaan darurat mengikut tahap keperluannya.
Sebagaimana Nabi SAW pernah sebut kepada para suami: “Orang yang terbaik di kalangan kamu tidak akan memukul”. Maka ini boleh juga dikatakan kepada para ibu bapa dan guru juga: “Orang yang terbaik di kalangan kamu tidak akan memukul”.
Walau bagaimanapun, Abdullah Nasih Ulwan meletakkan beberapa syarat dalam memukul[4]:
1- Memukul sebagai jalan terakhir setelah menggunakan pelbagai kaedah dan cara menghukum yang lain.
2- Tidak boleh memukul dalam keadaan marah yang amat sangat kerana ditakuti perasaan tersebut menyebabkan kemudaratan terhadap kanak-kanak itu, sepertimana yang dipesan oleh Nabi SAW: “Jangan kamu marah” (Direkodkan oleh Bukhari).
3- Tidak memukul pada bahagian anggota badan yang sensitif seperti kepala, muka, dada dan perut, sepertimana yang disebut oleh Nabi SAW: “Dan janganlah kamu memukul muka..” (Direkodkan oleh Abu Daud).
4- Pukulan pada peringkat awal hendaklah tidak kuat dan menyakitkan. Jangan memukul dengan terlalu kuat pada tapak tangan atau kaki jika menggunakan rotan. Hendaklah pukulan tersebut antara satu hingga tiga kali sahaja bagi kanak-kanak yang belum baligh. Jika dilihat kanak-kanak yang sudah baligh tidak menerima kesan apa-apa walaupun sudah dipukul sebanyak 3 kali, maka boleh ditambah bilangan pukulan sehingga 10 kali, sepertimana yang disebut oleh Nabi SAW: “Tidak boleh seseorang menyebat lebih dari 10 kali kecuali dalam urusan hudud”.
5- Tidak memukul kanak-kanak yang belum berumur 10 tahun, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sebelum ini.
6- Jika kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah kali yang pertama, maka hendaklah diberi peluang kepadanya untuk memohon ampun, menyesal serta mengakui atas segala kesalahan yang telah dilakukannya. Juga, dia hendaklah berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut untuk kali kedua lagi. Cara ini lebih baik dari memukul atau memalukannya di hadapan orang ramai.
7- Hendaklah pendidik memukul sendiri kanak-kanak itu dan bukan mewakilkan urusan tersebut kepada kawan-kawannya sehingga boleh timbul api kebencian dan pergaduhan.
8- Jika kanak-kanak tersebut sudah mencapai umur baligh, tetapi 10 kali pukulan tidak mencukupi untuk menghalangnya (dari mengulangi kesalahan), maka dibolehkan untuk menambah atau mengulang bilangan pukulan tersebut. Sehinggalah kanak-kanak tersebut sudah insaf dan sedar serta menjalani hidupnya dalam petunjuk Allah dan jalan yang lurus.
[1] Lihat: Al-Qardhawi, Yusuf, Ar-Rasul wal Ilm, 120-121, Beirut: Muassasah Risalah (Cetakan ke-6 1995).
[2] Perlu diingatkan bahawa beliau menyatakan perkara ini pada akhir tahun 80an atau awal tahun 90an kerana cetakan ke-6 buku beliau ini adalah pada tahun 1995.
[3] Beliau merujuk pada perbincangan tentang prinsip dan nilai ke-4 dalam pengajaran iaitu “Bersikap penyayang terhadap murid”. Lihat: Ibid, 117-120.
[4] Lihat: Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyatul Aulad fil Islam, 2/552-554, Kaherah: Dar As-Salam (1997).
0 komen:
Post a Comment