1) Daripada Ibnu Abbas berkata: Bahawa Rasulullah SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, dia datang menemui baginda pada setiap malam bulan Ramadhan dan mereka bertadarus Al-Quran. Maka Rasulullah SAW sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup.[1]
2) Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Bahawa Nabi SAW adalah manusia yang paling pemurah, baginda lebih pemurah dalam bulan Ramadhan apabila Jibril datang menemui baginda, Jibril AS menemui baginda pada setiap malam Ramadhan sehingga subuh, Nabi SAW menyampaikan Al-Quran, apabila Jibril AS menemui baginda, maka baginda adalah manusia yang sangat pemurah dengan kebaikan dari angin yang bertiup.[2]
3) Daripada Fatimah AS berkata: Nabi SAW telah berkata kepadaku: “Sesungguhnya Jibril AS menyampaikan kepadaku Al-Quran pada setiap tahun, dan dia (Jibril) menyampaikan kepadaku pada tahun ini dua kali, aku tidak nampak ia melainkan sebagai tanda datangnya ajalku”.[3]
4) Daripada Abu Hurairah berkata: Bahawa (Jibril) menyampaikan Al-Quran kepada Nabi SAW pada setiap tahun dan dia (Jibril) menyampaikan kepada baginda dua kali pada tahun baginda diwafatkan. Baginda beriktikaf pada setiap tahun sebanyak 10 hari tetapi baginda telah beriktikaf sebanyak 20 hari pada tahun baginda diwafatkan.[4]
5) Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “… Barangsiapa yang berada dalam perjalanan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga. Tidak ada satu kaum yang berkumpul di dalam rumah-rumah Allah, membaca Kitab Allah, saling bertadarus antara mereka, melainkan diberikan kepada mereka ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh para malaikat serta Allah menyebut setiap daripada mereka kepada para malaikat yang berada di langit…”.[5]
Huraian hadis[6]:
1- Bulan Ramadhan adalah musim kebaikan dan amal kebajikan kerana nikmat ganjaran daripada Allah kepada para hamba-Nya pada bulan Ramadhan adalah digandakan dari bulan-bulan yang lain. Maka Nabi SAW telah mengikut cara Allah dalam hal ini.
2- Galakan bermurah hati pada setiap waktu, dan ditingkatkan pada bulan Ramadhan, dengan berkumpul bersama orang-orang yang baik dan berilmu serta menziarahi mereka.
3- Galakan untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran pada bulan Ramadhan yang mana ia merupakan zikir yang paling utama.
4- Permulaan penurunan Al-Quran adalah pada bulan Ramadhan, iaitu diturunkan sekaligus ke langit dunia. Jibril menemui baginda pada setiap tahun untuk menyampaikan apa yang diturunkan kepada baginda dari satu Ramadhan ke Ramadhan yang akan datang. Sehinggalah pada tahun kewafatan baginda, Jibril menyampaikan kepada baginda dua kali.
5- Yang dimaksudkan dengan “angin yang bertiup” ialah angin rahmat yang dijadikan oleh Allah Taala bagi menurunkan hujan yang boleh menghidupkan seluruh bumi samada yang kering atau tidak, maka segala kebaikan dan sifat pemurah Nabi SAW itu memberi rahmat kepada seluruh alam.
6- Galakan bertadarus Al-Quran iaitu dua orang atau lebih membaca dan mempelajari Al-Quran antara satu sama lain. Seorang membaca dan yang lain mendengar, begitulah boleh bertukar mengikut giliran.
7- Galakan untuk meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadat apabila sudah lanjut usia.
8- Waktu malam Ramadhan adalah lebih baik dari waktu siangnya kerana tilawah Al-Quran adalah lebih dari sekadar membaca iaitu memahami dan menghayati maksudnya yang lebih mudah untuk diikuti pada waktu malam dari siang yang sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan.
9- Mungkin boleh difahami dari hadis di atas bahawa baginda SAW memperuntukkan setiap malam Ramadhan itu dengan membaca Al-Quran, solat malam, tidur dan menunaikan kewajipan untuk keluarganya.
10- Yang dimaksudkan dengan “rumah-rumah Allah” ialah semua bangunan yang dibina bertujuan untuk beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah sama ada masjid, surau, sekolah dan seumpamanya.
Syeikh Ali Hamid Abdul Rahim dalam satu artikelnya[7] telah menukilkan cara beberapa orang Salafussoleh berinteraksi dengan Al-Quran pada bulan Ramadhan:
Berkata Ka’ab: Akan diseru pada hari kiamat nanti: “Sesungguhnya setiap orang akan mendapat ganjaran sebanyak hasil amalannya, melainkan Ahli Al-Quran yang berpuasa akan mendapat ganjaran yang tidak terkira”.
Berkata pula Ibnu Abdul Hakam: “Bahawasanya Malik apabila tibanya bulan Ramadhan, beliau mengurangkan membaca Hadis dan menghadiri majlis para ulama dan memperbanyakkan membaca Al-Quran”.

[1] Hadis direkodkan oleh Bukhari (no. 6).
[2] Hadis direkodkan oleh Bukhari (no. 1902 dan 4997), Muslim (no. 5964) dan Nasai (no. 2094).
[3] Hadis ini ditulis oleh Bukhari di bawah tajuk bab “Bahawa Jibril menyampaikan Al-Quran kepada Nabi SAW”.
[4] Hadis direkodkan oleh Bukhari (no. 4998).
[5] Hadis direkodkan oleh Muslim (no. 6793) dan Ibnu Majah (no. 225).
[6] Lihat: Al-‘Asqalani, Ibnu Hajar (852H), Fathul Bari Syarh Sahih Al-Bukhari, 1/43, 4/150, 9/55-58, Riyadh: Dar As-Salam (1997); An-Nawawi, Muhyiddin (676H), Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin Al-Hajjaj, 17/24, Beirut: Darul Ma’rifah (1997); As-Sindi, Abi Al-Hasan (1138H), Syarh Sunan Ibnu Majah, 1/148, Beirut: Darul Ma’rifah (2000) . Di sini saya ringkaskan sahaja huraian hadis-hadis tersebut.
[7] Ali Hamid Abdul Rahim, Bersama Al-Quran pada bulan Ramadhan, m/s 1261, Majallah Al-Azhar, Kaherah: Pusat Penyelidikan Islam (Januari 1997).
0 komen:
Post a Comment