Mungkin ada yang tidak tahu caranya, jadi saya tunjukkan DUA cara mudah untuk mencari tajuk-tajuk catatan lepas dalam blog yang dibangunkan melalui Blogger.com (Blogspot).
1) Pertamanya: Klik pada butang segitiga (>) yang terdapat di sebelah kiri 'Tahun' (contoh: >2008) yang akan memaparkan 'Bulan'. Kemudian, klik lagi pada butang segitiga (>) di sebelah kiri 'Bulan' (contoh: >Disember) yang akan memaparkan setiap tajuk dalam bulan tersebut.
2) Keduanya: Menggunakan enjin carian yang disediakan dalam blog. Contohnya: Jika anda hendak mencari segala catatan saya yang berkaitan 'j-QAF', maka taipkan 'j-QAF' kemudian tekan butang 'Search'.
Hasilnya, anda akan dapati satu paparan lain muncul di bahagian atas blog, yang memaparkan maklumat ringkas setiap tajuk catatan saya tentang j-QAF.

2 komen:
Terima kasih maklumat anta , bagus,
Terima kasih maklumat anta , bagus,
Post a Comment