Antara lirik "Mabruk" dalam Bahasa Melayu:
"Ya Allah.. berkati pasangan ini..
bahagia.. hidup berkasih sayang..
Rasulullah.. indahnya sunnahmu..
dunia.. rasa bagai di syurga.." :)
bahagia.. hidup berkasih sayang..
Rasulullah.. indahnya sunnahmu..
dunia.. rasa bagai di syurga.." :)
Alhamdulillah, saya sekeluarga dapat menikmati konsert secara langsung Maher Zain bersama gabungan 3 artis lain: Inteam, Irfan Makki dan Mesut Kurtis. Dengan bayaran serendah RM53 (tetapi dapat tempat duduk RM103) saya ingin katakan bahawa kehadiran kami sangat berbaloi dengan persembahan mantap para artis ini.
Mabruk saya ucapkan kepada pihak penganjur kerana telah berjaya mengadakan acara gemilang ini sebagai salah satu medium dakwah yang sangat berkesan kepada golongan sasaran masa kini. Bagi orang Islam, hiburan mendidik jiwa seperti ini bukanlah hiburan alternatif, tetapi ia merupakan hiburan asal yang sepatutnya dipilih oleh orang Islam.
Oleh kerana tempat duduk kami agak jauh dan gambar-gambar yang diambil kurang jelas, maka saya tidak perlu memaparkannya di blog ini kerana anda boleh mengunjungi blog ini dan blog ini untuk melihat gambar-gambar konsert ini dengan lebih dekat dan jelas.
Apa yang paling syahdu semasa konsert ini ialah apabila Maher Zain menyanyikan lagu baru berjudul "Freedom" yang ditujukan kepada rakyat Palestin, Tunisia, Mesir dan Libya, beliau telah meminta para hadirin melambaikan tangan sambil membuka cahaya telefon bimbit masing-masing.
Selain kumpulan Inteam yang telah memulakan persembahan "Dia Muhammad" dan Mesut Kurtis dengan persembahan kemuncaknya "Selawat Burdah", artis dari Kanada iaitu Irfan Makki telah membuat kejutan dengan persembahan 3 buah lagu yang sangat menarik iaitu "Mabruk", "Mother" dan "Labbaikallah".
Nikmatilah lagu beliau "Mabruk" ini yang bagi saya bakal bersaing dengan lagu "Barakallahu" Maher Zain.
CATATAN TAMBAHAN:
Jika anda perasan, salah satu unsur tarbiah dan dakwah yang telah ditunjukkan oleh Maher Zain, Mesut Kurtis dan Irfan Makki semasa konsert tempohari ialah setiap kali mereka menyanyikan satu lagu mereka akan sebut "Bismillah". Ini kerana lagu-lagu mereka termasuk dalam kategori lagu "Syariah Compliant" :)
4 komen:
saya dan dua orang adik antara mereka yang diupgradekan seat dr RM53 ke RM103 .. alhamdulillah
konsert yang sgt terhibur penuh dgn selawat TANPA perlu terkinja2....
Assalamualaikum... syeh nazri,
pada ana, memang berbaloi dah harga tiket tu..ia salah satu pelaburan untuk usaha dakwah.:)
Maksimakan Kemasukan Trafic ke Blog Anda=JOM TUKAR2 LINK
memang berbaloi sangat, bayaran rendah untuk tonton persembahan 4 artis..:)
Post a Comment