Saturday, April 16, 2011

MTQ Selangor 2011: Adik-adikku.. InsyaAllah boleh!

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat negeri Selangor yang telah diadakan di SK dan SMK Jalan Tiga, Bangi.

Bagi meringkaskan cerita, alhamdulillah, wakil daerah Gombak bagi acara Tilawah Al-Quran SK iaitu Zaid Najmuddin telah berjaya mendapat Johan untuk mewakili negeri Selangor ke MTQ peringkat kebangsaan di Pulau Pinang nanti, InsyaAllah.

Bagi kategori Perempuan SK, adiknya Ainil Hawa pula berjaya mendapat tempat ketiga! Mabruk (tahniah) diucapkan kepada mereka berdua, ibu bapa mereka, ahli keluarga, para guru dan kontinjen Gombak. Turut hadir memberikan sokongan ialah Murabbi Adik-adikku iaitu saudara Badrul Sani.

0 komen: