Thursday, April 14, 2011

Transformasi Kurikulum Bahasa Arab (7)

Pada mesyuarat KSSR yang lepas, saya telah catatkan bahawa ianya mesyuarat yang terbaik pernah saya hadiri selama ini. Tetapi, mesyuarat yang telah saya hadiri pada minggu ini pula adalah lebih baik daripada sebelum ini, alhamdulillah.

Dalam Mesyuarat Pembinaan Bahan Kursus Jurulatih Utama Bahasa Arab KSSR Tahun 2 dan KBSR Tahun 5 ini, saya ditugaskan untuk membuat slaid powerpoint Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab Tahun 2 KSSR.

Slaid tersebut adalah antara bahan kursus yang akan dipersembahkan dan disampaikan kepada para Jurulatih Utama Bahasa Arab KSSR peringkat kebangsaan nanti dan kemudian di peringkat negeri dan daerah InsyaAllah.

Mesyuarat kali ini diserikan dengan kehadiran Ketua Sektor Pendidikan Islam BPK yang baru dilantik iaitu Ustaz Idrus. Saya kagum dengan peribadinya yang rendah diri dan mesra dengan kami para guru, pegawai JPN dan pensyarah IPG yang hadir.

Antara intisari ucapan penutupnya ialah:
"Kalau kita didik anak orang dengan ikhlas dan baik, InsyaAllah anak kita juga akan terdidik dengan baik"

Sebenarnya, dalam setiap mesyuarat seperti ini yang telah saya hadir, para pegawai yang berpangkat Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah dan Ketua Sektor ini sentiasa menghargai jasa para guru yang telah membantu pihak kementerian dalam menggubal apa-apa dokumen pendidikan.

Mereka ini berpangkat tinggi tetapi bersikap rendah diri dan mesra serta sentiasa menghargai usaha para guru, tidak seperti segelintir pegawai yang berpangkat lebih rendah daripada mereka.

0 komen: