Tuesday, May 31, 2011

MTQ Kebangsaan: Saguhati buat Zaid Najmuddin

Alhamdulillah, perancangan saya untuk ke Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat kebangsaan di Penang telah diizinkan oleh Allah jua. Walau bagaimanapun, saya telah menjangkakan yang saya tidak sempat untuk menyaksikan Zaid Najmuddin, wakil Selangor bagi acara Tilawah Al-Quran (Rendah), mengalunkan bacaannya kerana hadir lewat sedikit.

Saya bertolak dari Lumut (isteri selesai Kursus P&P Bahasa Arab PMR) jam 7.30 pagi manakala keluarga Zaid bertolak dari Taiping lebih awal daripada itu bagi mengejar masa kerana Zaid diundi sebagai peserta No.3.

Bertempat di SK Pokok Sena (acara sekolah rendah) manakala di sebelahnya berlangsung acara bagi sekolah menengah di SMKA Al-Irsyad, Kepala Batas.

Saya tidak merancang untuk berada di sana sehingga majlis perasmian penutup kerana saya bukanlah guru pengiring dan kontinjen rasmi dari Selangor. Saya hanyalah seorang guru biasa yang ingin memberikan sokongan padu buat 'kali terakhir' untuk bekas anak murid saya ini.

Ayahnya telah memberitahu bahawa Zaid telah membuat sedikit kesilapan bacaan jadi kami pun faham bahawa di peringkat tinggi yang lebih sengit seperti ini satu kesilapan boleh menjarakkan banyak kedudukan di antara para peserta.

Pada hari penutup, saya menghantar SMS kepada seorang sahabat kontinjen Selangor:
"Zaid dapat no berapa?"

"Zaid dapat saguhati, tapi tak pasti no berapa"

Keputusan telah dijangkakan dan hanya mampu redha tanpa rasa kecewa. Saguhati hanyalah hadiah kenangan sampingan, tetapi PENGALAMAN itulah yang paling bernilai dan berharga dalam hidup ini. Tahniah kerana telah sampai ke peringkat kebangsaan.

1 komen:

bobhandburry said...

Salam kunjungan, Blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com