Monday, May 2, 2011

Transformasi Kurikulum Bahasa Arab (8)

Minggu lepas selesai sambungan mesyuarat yang lalu bagi memurnikan bahan Kursus Penyebaran Bahasa Arab Tahun 2 KSSR yang akan disampaikan kepada para Jurulatih Utama peringkat kebangsaan pada bulan Jun nanti, kemudian diikuti di peringkat negeri dan daerah masing-masing kepada para wakil guru Bahasa Arab yang diminta hadir.

Selain daripada bahan kursus, mesyuarat juga telah menyiapkan set soalan PKSR Bahasa Arab Tahap 2 KBSR (edisi kemaskini) yang telah dimurnikan dan akan dimuatnaik ke laman web BPK pada bila-bila masa sahaja bagi menggantikan set soalan yang lama. Para guru Bahasa Arab diminta muat turun untuk mula digunakan bagi peperiksaan pertengahan tahun 2011 nanti.,

Bagi saya di daerah Gombak, bukan sahaja boleh memilih kertas soalan yang telah disediakan oleh pihak BPK, tetapi boleh juga memilih untuk menggunakan kertas soalan PKSR Bahasa Arab yang disediakan oleh pihak JPS atau PPD Gombak sendiri.

0 komen: