Tuesday, June 28, 2011

Pensel: قلم رصاص atau مرسم?

Salah satu perkataan Arab yang telah ditransformasikan dalam Bahasa Arab Tahun 1 KSSR ialah menukar perkataan "pensel" daripada "مرسم" kepada "قلم رصاص". Perkataan "مرسم" digunakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Arab Tahun 1 KBSR bahkan memang popular penggunaannya sejak dahulu lagi sama ada di sekolah rendah mahupun menengah.

Saya masih ingat lagi ketika zaman persekolahan dahulu, perkataan "مرسم" diterjemahkan sebagai pensel manakala "قلم رصاص" diterjemahkan sebagai pensel picit/tekan.

Walau bagaimanapun, setelah dirujuk dalam kamus-kamus yang muktabar dan realiti penggunaan sebenar di negara-negara Arab, maka mesyuarat telah memutuskan untuk memilih perkataan "قلم رصاص" sebagai makna yang tepat untuk "pensel".

Nota Kemaskini:
Perkataan "مرسم" (huruf م berbaris bawah) pula diterjemahkan sebagai alat melukis yang meliputi pensel warna (bukan pensel biasa untuk menulis), magic pen, berus lukisan dan seumpamanya.

Manakala "مرسم" (huruf م berbaris atas) bermaksud bilik lukisan atau studio untuk mereka dan melakar.

3 komen:

محمد لطفي said...

Terima kasih atas info berguna.

emi nizam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nazri Samsudin said...
This comment has been removed by the author.