Kira-kira 5 bulan yang lepas, saya telah memaparkan sinopsis tentang rancangan "Raihan di Mahabba" yang disiarkan melalui TV Al-Hijrah sempena sambutan Maulidur Rasul 1432.
Walau bagaimanapun, keinginan saya untuk melihat hasil terjemahan sarikata rancangan ini tidak tercapai kerana saya terlepas siaran ditambah pula pada ketika itu TV Al-Hijrah masih belum disiarkan melalui saluran Astro.
Sehinggalah pada minggu lepas, seorang kawan mengemaskini status Facebook (FB) tentang rancangan ini. Barulah saya dapat tahu bahawa rancangan ini baru diulang siar pada setiap hari Jumaat jam 11.00 pagi (hari ini Episod 3).
Maka, pada hari ini saya tidak mahu terlepas peluang lagi dan dapatlah saya melihat sebahagian kecil hasil kerja saya seperti di atas (mujurlah saya mengajar sesi petang). Saya juga telah menghantar emel kepada pihak TV Al-Hijrah agar dapat mempertimbangkan cadangan ulang siar rancangan ini pada waktu lain yang lebih mesra orang yang bekerja.
0 komen:
Post a Comment