Wednesday, August 24, 2011

Aktiviti P&P: Kamus Bergambar (القاموس المصور)

Salah satu aktiviti P&P Bahasa Arab yang boleh dilakukan ialah menggunakan Kamus Bergambar sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) dan Bahan Bantu Belajar (BBB).

Sebelum ini di sekolah lama, saya pernah menggunakan kaedah ini hasil 'kejayaan' pihak panitia menggunakan duit PCG Bahasa Arab membeli 40 buah Kamus Al-Mubtadi' untuk kegunaan di sekolah. Walaupun kamus ini tidak bergambar, tetapi ia merupakan kamus mudah yang sesuai untuk kegunaan murid-murid sekolah rendah/kebangsaan.
Selain itu, saya juga membawa contoh kamus bergambar kepunyaan saya sendiri dan meminta murid-murid yang ada kamus tersebut untuk membawanya ke sekolah. Murid yang tiada kamus boleh berkongsi dengan kawan. Hasilnya, murid seronok kerana ada sesuatu yang lain yang boleh dilihat dan dibaca selain daripada buku teks dan buku aktiviti.
Di sekolah baru ini pula, kami para guru Bahasa Arab terkejut kerana guru besar dengan besar hatinya membeli berpuluh buah kamus bergambar (dan Kamus j-QAF) tanpa pengetahuan kami, alhamdulillah.

Kamus Bergambar ini sangat sesuai untuk P&P Kemahiran Membaca dan Menulis. Jika kita lihat dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab Tahun 1 KSSR, kita akan dapati satu Standard Pembelajaran bagi Kemahiran Membaca ditulis begini:

13.4 القدرة على البحث عن الكلمات بواسطة القواميس المصورة
(Murid berkebolehan untuk mencari perkataan melalui kamus bergambar)

Manakala bagi Kemahiran Menulis pula ialah:

16.1 القدرة على نسخ الكلمات والجمل البسيطة.
(Murid berkebolehan untuk menyalin perkataan dan ayat-ayat mudah)

Terpulang kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru untuk mempelbagaikan aktiviti dengan menggunakan kamus bergambar ini.

0 komen: