Saturday, August 27, 2011

Kad Ucapan Raya Arab & Jawi (بطاقة التهاني)

Antara aktiviti Ihya' Ramadhan juga ialah pertandingan membuat Kad Ucapan Raya yang sudah tentu mesti ditulis dalam Tulisan Jawi seperti: "سلامت هاري راي عيد الفطر معاف ظاهر دان باطن".

Kami para guru Bahasa Arab juga mengambil kesempatan ini untuk menerapkan elemen Bahasa Arab dalam kad ucapan raya seperti:

1) رمضان كريم/مبارك (Ramadhan yang mulia/diberkati)
2) عيد مبارك/سعيد (Raya yang diberkati/bahagia)
3) كل عام وأنتم بخير (Semoga kamu beroleh kebaikan pada setiap tahun)
Kami memilih 3 contoh ucapan raya ini yang sesuai bagi Tahap 1 (tahun ini j-QAF baru sampai Tahun 3). Manakala bagi Tahap 2 boleh ditambah ucapan raya lain seperti:

1) تقبل الله منا ومنكم (Semoga Allah menerima amalan kita semua)
2) من العائدين والفائزين (Semoga menjadi orang yang kembali (kepada fitrah) dan berjaya)

Jika kita lihat dalam Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab KSSR, aktiviti membuat Kad Ucapan termasuk salah satu فن تقديم اللغة (Seni Bahasa).

Ia ditetapkan sebagai satu Standard Pembelajaran bagi Kemahiran Menulis seperti yang tercatat dalam DSK Bahasa Arab Tahun 2 KSSR:

12.4 القدرة على كتابة العبارات البسيطة على بطاقة التهاني.
(Murid berkebolehan untuk menulis ungkapan mudah dalam kad ucapan)

0 komen: