Setelah dua kali bermesyuarat di JPS bagi merancang dan menyediakan segala bahan kursus, alhamdulillah, kursus ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun sebenarnya untuk Bahasa Arab, kami kekurangan JU (hanya 6 orang sahaja) untuk mengisi kesemua slot yang ditetapkan.
Kursus ini dilaksanakan selama 4 hari 3 malam berbanding 5 hari 4 malam di peringkat kebangsaan tanpa mengurangkan satu slot pun. Ini disebabkan pada hari pertama kursus ini sudah dimulakan pada waktu pagi berbanding waktu petang di peringkat kebangsaan.
Saya telah mengambil tanggungjawab untuk menyampaikan slot Dokumen Standard Kurikulum (DSK) dan Dokumen Standard Prestasi (DSP). Bukan sahaja untuk Tahun 2, tetapi saya cuba membuat perbandingan dengan DSK dan DSP Tahun 1 agar para peserta dapat kefahaman yang lebih jelas tentang penambahbaikan yang telah dilakukan dalam dua dokumen tersebut.
Secara peribadi, saya merasakan inilah kursus terbaik pernah saya alami sejak menjadi guru. Selain daripada perjalanan kursus yang tidak terlalu formal dan lebih santai, kami berlima dari Gombak memilih untuk ber'homestay', menikmati keenakan pelbagai menu masakan (kemuncaknya Mee Udang Banjir) dan membawa pulang ole-ole kerepek Sabak Bernam.
Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua JU dan peserta (kita semua sama sahaja) atas kerjasama yang cemerlang dalam berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran. Semoga kita dapat memberikan yang terbaik juga di peringkat daerah pula.
1 komen:
Tahniah akhi... Terbaek!... :)
Post a Comment