
Salah satu aktiviti tahunan keluarga yang saya lakukan dalam bulan Ramadhan sejak dahulu lagi ialah membawa keluarga berbuka puasa di masjid-masjid utama di Lembah Klang. Saya memilih hari minggu sama ada Sabtu atau Ahad dan juga pada hari cuti Nuzul Al-Quran.

Alhamdulillah, semalam adalah hari terakhir sebelum cuti raya aktiviti ini diadakan di Masjid Negara. Minggu pertama di Masjid As-Syakirin KLCC, minggu kedua di Masjid Negeri Selangor, Shah Alam dan hari cuti Nuzul Al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan KL.

Kalau hendak rasa berbuka dengan Bubur Lambuk, boleh pergi ke Masjid KLCC atau Masjid Wilayah Persekutuan KL.

Bukanlah objektif utama pada merasai juadah percuma ketika berbuka puasa, tetapi aktiviti ini merupakan salah satu cara mendidik diri dan ahli keluarga untuk mengenal dan merasai suasana ibadah di masjid-masjid ini, khususnya pada bulan Ramadhan seperti:
1) Berbuka puasa secara beramai-ramai
2) Solat Maghrib berjemaah
3) Tilawah atau Tadarus Al-Quran
4) Solat Isyak berjemaah
5) Solat sunat Terawih berjemaah
6) Mendengar Tazkirah
7) Memberi sedekah/derma/sumbangan ke dalam Tabung Masjid
8) Memelihara adab-adab ketika berada di dalam masjid
0 komen:
Post a Comment