Thursday, September 1, 2011

Dikir Barat Majlis Mesra Aidilfitri 1432


Alhamdulillah, pada tahun ini saya berkesempatan lagi untuk berada dalam Majlis Mesra Aidilfitri Anak Kelantan di Perantauan bersama pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan.

Tujuan utama bukanlah pada jamuannya, tetapi mengharapkan dapat berjumpa dengan beberapa orang sahabat lama -sekolah, seJordan atau sej-QAF- khususnya yang berasal dari Kelantan.

Kemuncak majlis yang dinantikan sudah tentu pada ucaptama Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang penuh dengan ilmu, yang mana pada tahun ini saya tidak mendengar Khutbah Aidilfitri beliau kerana bersolat raya di kampung ibu bapa saya.

Buat julung kalinya saya berpeluang juga untuk merakam persembahan Dikir Barat yang sangat menarik dan istimewa. Nikmatilah..

0 komen: