Alhamdulillah, selesai sudah sebahagian tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan kepada saya oleh pihak KPM (BPK & LP) sebagai salah seorang Jurulatih Utama KSSR dan PBS Bahasa Arab Tahun 2, dengan berakhirnya Kursus Penyebaran KSSR Bahasa Arab Tahun 2 di peringkat daerah.
Sebahagian lagi sudah tentu saya -sebagai pelaksana dasar- wajib membantu pihak sekolah dalam melaksanakan KSSR dan PBS mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
Memang melegakan hati kerana sudah 15 hari saya terpaksa keluar sekolah bagi menghadiri kursus ini yang diadakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Oleh sebab Selangor kekurangan JU BA negeri, maka beberapa daerah terpaksa menjemput kami untuk mengisi slot kursus mereka (sehari sahaja).
Termasuk juga daerah Petaling Perdana yang menjemput saya menyampaikan slot biasa (DSK dan DSP). Maaf kepada daerah Petaling Utama kerana saya tidak dapat hadir kerana ada mesyuarat KSSR daerah Gombak.
Jadual kursus peringkat daerah saya ubahsuai supaya slot sebelah petang hanya diisi dengan bengkel sahaja iaitu:
1) Bengkel 1: Kemahiran Bahasa (المهارات اللغوية الأربع)
2) Bengkel 2: Instrumen PBS
3) Bengkel 3: Seni Bahasa (الكلام الجماعي)
Jazakumullahu khairan kathira kepada pihak PPD, sahabat-sahabat JU dan Urusetia serta semua guru kerana telah memberikan kerjasama dan berkongsi ilmu dan pengalaman dengan baik sekali.
0 komen:
Post a Comment