Friday, September 23, 2011

Label Bilik Khas dan Carta Tema 2011

Alhamdulillah, perancangan saya untuk menghabiskan duit PCG Bahasa Arab pada tahun ini berjaya apabila segala urusan pembelian dan penerimaan 12 Label Bilik Khas dan 10 Carta Tema daripada pihak Media Tilmiz Enterprise telah selesai pada minggu lepas:

A. Label Bilik Khas/Bangunan Sekolah:

1
Pejabat إِدَارَةٌ  
2
Bilik Guru غُرْفَةُ الْمُعَلِّمِينَ
3
Pusat Sumber مَكْتَبَةٌ
4
Makmal Komputer مُخْتَبَرُ الْكُمْبِيُوتَرِ
5
Makmal Sains مَعْمَلُ الْعُلُومِ
6
Surau مُصَلَّى
7
Bilik j-QAF  غُرْفَةُ j-QAF
8
Tandas (L) دَورَةُ الْمِيَاهِ
9
Tandas (P) دَورَةُ الْمِيَاهِ
10
Dewan قَاعَةٌ
11
Kantin مَطْعَمٌ
12
Kedai Buku دُكَّانُ الْمَدْرَسَةِ


B. Carta Tema:

1
Ucapan التحيات والترحيبات
2
Dalam Kelas في الفصل
3
Anggota Badan أعضاء الجسم
4
Perkenalan التعارف
5
Hari dalam seminggu أيام الأسبوع
6
Rumah Saya بيتي
7
Pakaian الملابس
8
Makanan dan Minuman المأكولات والمشروبات
9
Keluarga الأسرة
10
Alat Tulis الأدوات الدراسية


Segala pemilihan label dan tema ini adalah sesuai dengan P&P Bahasa Arab Tahap 1 berdasarkan keutamaan sekolah ini yang baru berusia 3 tahun iaitu program j-QAF baru sampai Tahun 3. Sedikit sebanyak label-label yang ditampal di pintu atau dinding bilik-bilik khas dapat 'menghidupkan' suasana Bahasa Arab di luar kelas kerana dapat dibaca oleh semua warga sekolah.

Senarai penuh label bilik khas/bangunan sekolah yang saya sediakan untuk sekolah ini boleh klik di sini: 

Manakala pembelian bahan yang hampir sama di SK2TK pada tahun lepas pula boleh klik di sini:

Jazakumullahu Khairan Kathira juga diucapkan kepada Guru Besar kerana meluluskan segala permohonan ini dan pembelian Kad Imbasan (Tahun 2) serta berpuluh Kamus j-QAF dan Kamus Bergambar tanpa pengetahuan kami, alhamdulillah.

0 komen: