Selepas cuti raya dan UPSR, pelbagai aktiviti dan program yang telah dirancang oleh Unit Pendidikan Islam PPD Gombak menyusul yang menyebabkan hampir setiap minggu dalam 3 bulan terakhir sesi persekolahan 2011 ini (September-November) padat, antaranya:
1) Kursus KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Tahun 2 -selesai
2) Majlis Solat Hajat Perdana (Rendah dan Menengah) -selesai
3) Kem Aqil Baligh (AQBAL) - untuk murid Tahun 6
4) Kem Pemantapan Aqidah (Rendah dan Menengah)
5) Wacana Ilmu/Multaqa GPI
6) Kem Bina Juara (KBJ)
6) Kem Bina Juara (KBJ)
7) Kem Pemantapan Sahsiah (Menengah)
8) Karnival Pendidikan Islam
9) Mahrajan j-QAF
Jika dilihat senarai tersebut, 4 daripadanya pernah dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini iaitu Kursus KSSR, Multaqa GPI, Kem Bina Juara dan Mahrajan j-QAF. Majlis Solat Hajat Perdana, Kem AQBAL, Kem Pemantapan Aqidah & Sahsiah dan Karnival Pendidikan Islam adalah program-program yang baru.
Saya sebagai salah seorang Kakitangan Sumber (KS) Pendidikan Islam PPDG pula perlu keluar sekolah lagi bagi membantu pihak PPD sebagai AJK dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancangkan. Itupun belum termasuk baki 2 kali lagi mesyuarat KSSR Bahasa Arab bersama BPK pada tahun ini.
Apapun, secara peribadi alhamdulillah saya gembira kerana pengalaman bertambah seiring dengan pertambahan tahun berkhidmat. Semoga Allah menerima segala tugas mendidik yang semakin berat ini sebagai amal dakwah dan ibadah.
0 komen:
Post a Comment