Bertempat di Kompleks Damai Anak Yatim, Kuang telah diadakan Kem Pemantapan Aqidah selama 2 hari bagi murid sekolah rendah dan menengah.
Ust Ku Asmadi
Ust Yusri
Penceramah yang terlibat dalam mengisi slot-slot kem ini ialah dua orang Jurulatih Utama Dakwah negeri Selangor iaitu Ust Yusri (SMK Sri Keramat) dan Ust Ku Asmadi (SK Taman Samudera) serta seorang penceramah jemputan khas dari PERKIM iaitu Ust Abdul Latif Satharan bin Abdullah, yang merupakan seorang pendakwah yang telah memeluk Islam sejak 20 tahun lalu.
Secara peribadi, saya tidak berminat dengan istilah "saudara baru" bagi mereka yang telah lama memeluk Islam. Sedangkan ramai orang yang telah berstatus agama Islam sejak lahir tetapi seolah-olah 'baru' mengenal agama yang suci dan fitrah ini.
Sebelum saya pergi menghantar 5 orang murid sekolah saya ke kem ini, seorang ibu kepada murid saya telah bertanyakan saya tentang pengisian kem ini.
"Ust, sebenarnya Kem Pemantapan Aqidah ni pengisiannya apa? Untuk murid-murid yang bermasalah ke?"
Mungkin dia berasakan anaknya terpilih kerana anaknya juga termasuk dalam 'murid yang bermasalah'.
"Tidak puan, kem ini adalah untuk memantapkan lagi kefahaman Aqidah dan pandangan hidup (tasawur) murid-murid ini terhadap agamanya."
Kalaulah kem ini disasarkan kepada mereka yang bermasalah Aqidah, sudah tentu program ini akan dinamakan sebagai "Kem Pemulihan Aqidah", seperti yang dibuat oleh pihak JAKIM dan jabatan agama negeri terhadap golongan ajaran sesat dan terseleweng aqidah mereka.
Semoga Allah menetapkan kita semua dalam nikmat hidayah Islam dan taufiq Iman serta sentiasa berada di jalan-Nya yang lurus.
0 komen:
Post a Comment