Saturday, October 22, 2011

Modul dan Manual Program Dakwah

Ketika saya membaca tulisan Ust Hamidi dalam blognya tentang Modul dan Manual ini pada bulan Mac yang lalu, saya ternanti-nanti juga bilakah Modul dan Manual ini akan sampai ke sekolah saya. Sehinggakan saya bertanya kepadanya adakah beliau ada salinan softcopy buku tersebut.

Rupa-rupanya sekolah saya baru sahaja menerima 4 buah Modul dan Manual ini pada minggu lepas dan saya pula baru dapat membeleknya semalam setelah saya bertanyakan kepada Ketua Panitia, iaitu:

1) Modul dan Manual Pengimarahan Surau
2) Modul dan Manual Khemah Ibadah
3) Modul dan Manual Kem Akil Baligh (AQBAL)
4) Modul dan Manual Kem Keutuhan Jati Diri (KENDIRI)

Modul dan Manual ini telah disediakan oleh Unit Dakwah, SPI JPS. Antara panel penggubalnya merupakan sahabat-sahabat saya sej-QAF iaitu Ust Hamidi bin Zakaria, Ust Hairul Hisyam bin Adam, Ust Ruzain Syukur Mansor, Ust Mohd Ikmal Izwan, Ust Muhamad Afandie bin Yahaya, Ust Ahmad Salehuddin bin Shafie dan Ust Norjeehan bin Ahmad Mustapa

Jazakumullahu Khairan Kathira di atas segala usaha mereka yang sangat memberi manfaat ini.

Oleh kerana pihak JPS hanya mengedar sebuah naskhah bercetak kepada setiap sekolah, adalah lebih baik bahan ini dimuat naik ke laman web JPS (sepertimana BPK dan LP memuat naik bahan kurikulum dan pentaksiran) supaya semua GPI khususnya dapat memuat turun untuk kegunaan sendiri. 

Bahagian Pendidikan Islam (BPI) juga perlu lebih aktif berkongsi buku panduan dan manual Pendidikan Islam seperti Buku Panduan Mahrajan/Ihtifal j-QAF (saya dapati peraturan acara Kalam Jama'ie dan Dikir Barat Bahasa Arab agak berbeza mengikut negeri) dan Buku Panduan Kem Bina Juara dalam laman web rasmi mereka.

Zaman ini adalah zaman perkongsian pintar e-buku melalui internet. Segalanya di tangan anda.

0 komen: