Friday, October 28, 2011

Sijil j-QAF Tahun 6

Pada saat ini, para guru j-QAF sedang bertungkus-lumus menyiapkan pengisian data dalam e-Laporan j-QAF. Bagi guru j-QAF sekolah kohort 2005 dan 2006, pada tahun ini buat julung kalinya mereka mendapat satu pengalaman baru iaitu mencetak dan mengedarkan Sijil j-QAF kepada murid-murid Tahun 6.

Walau bagaimanapun, saya agak terkilan kerana belum dapat membuat Sijil j-QAF ini disebabkan murid j-QAF sekolah sekarang ini baru sampai Tahun 3. Saya kena tunggu 3 tahun lagi untuk merasainya.
Oleh itu, walaupun mata pelajaran Pendidikan Islam tidak termasuk dalam UPSR, sekurang-kurangnya mata pelajaran ini telah diperkasakan dengan adanya Sijil j-QAF (seperti STAM di sekolah menengah) yang mana sebelum ini hanya diselitkan pencapaian PAFA dalam slip keputusan UPSR.
Bagi murid-murid Tahun 6 saya pada tahun lepas, oleh kerana pihak KPM belum menyediakan sijil rasmi seperti ini lagi, kami memutuskan untuk membuat dan menyampaikan Sijil Khatam Al-Quran kepada mereka (33 orang) yang berjaya khatam Al-Quran sepanjang 6 tahun mereka di sekolah rendah.

0 komen: