Friday, November 11, 2011

Aktiviti P&P: Kamus j-QAF

Selain daripada Kamus Bergambar, aktiviti Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Pendidikan Islam dan Bahasa Arab juga boleh menggunakan Kamus j-QAF sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk guru dan Bahan Bantu Belajar (BBB) untuk murid.

Isi kandungan Kamus j-QAF ini meliputi 4 komponen atau model j-QAF iaitu:
1) j (Jawi): Huruf Jawi, Transliterasi Jawi-Rumi dan kemahiran asas Jawi Tahap 1
2) Q (Quran): Asas Tajwid Al-Quran
3) A (Arab): kemahiran asas Bahasa Arab Tahap 1
4) F (Fardhu Ain): terbahagi kepada 2 iaitu Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) dan Kem Bestari Solat (KBS)

Pada 100 muka surat yang pertama disediakan senarai transliterasi perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu (Rumi), Bahasa Melayu (Jawi), Bahasa Arab dan Sebutannya mengikut tema-tema tertentu sama ada yang terdapat dalam sukatan pelajaran KBSR atau sebagai bacaan tambahan.

0 komen: