Saturday, November 5, 2011

Transformasi Kurikulum Bahasa Arab (11)

Alhamdulillah, mesyuarat KSSR Bahasa Arab pada tahun ini telah berakhir di Penang bagi menyambung agenda mesyuarat yang lepas di Kelantan dan Putrajaya (tiada catatan) iaitu Kawal Mutu Dokumen Standard Kurikulum (DSK) Bahasa Arab Tahun 4 KSSR.

Catatan sebelum ini telah saya ceritakan betapa pentingnya penggunaan kamus dalam penggubalan kurikulum yang mana tidak dapat tidak mesti dibawa bersama ke dalam bilik mesyuarat sebagai antara sumber bahan rujukan utama.

Antara kamus yang biasa dijadikan bahan rujukan ialah:
1- المعجم الوسيط (Al-Mu'jam Al-Wasit)
2- المورد (Al-Mawrid Arab-English)
3- المعجم العربي الأساسي (Al-Mu'jam Al-Arabi Al-Asasi)
4- قاموس الخليل (Qamus Al-Khalil)

Dua kamus yang pertama sudah ada dalam bentuk softcopy  manakala dua kamus yang terakhir itu baru sahaja saya membawanya bersama pada dua mesyuarat terakhir tahun ini (sebelum ini orang lain yang bawa). 

Qamus Al-Khalil istimewa bagi saya kerana ia disusun oleh seorang yang telah saya kenal sejak di Jordan dulu iaitu Dr Ahmad Hanafi Dolah, pensyarah UIAM. Selalu juga saya menziarahi rumah beliau di Suweileh, Amman ketika beliau menyambung ijazah peringkat PhD di University of Jordan.

Saya mula berminat dengan ilmu perkamusan dan perbendaharaan kata Arab ini setelah saya membeli dan membaca buku "Kajian Semantik dan Mu'jam 'Arabi" oleh Muhammad Marwan Ismail & Wan Moharani bin Mohammad (USIM), yang mana merupakan salah satu daripada tiga buah buku bidang Bahasa Arab terbitan USIM yang telah saya dapatkan pada tahun lepas.

InsyaAllah pada lain masa akan saya ulas dengan lebih lanjut tentang kamus/buku tersebut.

0 komen: