Alhamdulillah, pada minggu ini saya dapat meluangkan masa cuti sekolah ini dengan menghadirkan diri dalam Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan (KPIK) 2011. Terima kasih kepada seorang sahabat yang juga pegawai BPI yang telah memaklumkan dan menjemput saya secara tidak rasmi melalui FB serta mengemelkan tentatifnya sekali.
Oleh kerana jemputan tidak rasmi, maka saya tidak hadir semua slot pembentangan -termasuk sidang plenari dan sidang pleno- di mana saya hanya menghadiri slot-slot pagi sahaja selama 2 hari. Berikut adalah tentatif penuh selama 3 hari itu:
1- Pengurusan Pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan Harapan
Y. Bhg. Hj. Abdullah bin Md. Din
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2- Pendidikan Membentuk Sahsiah Bangsa dan proses Islamisasi Ilmu Pengetahuan Manusia
Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).
3- Kurikulum Dini Azhari Dalam Sistem Kebangsaan: Pemantapan Sistem Pendidikan Islam
Tn Hj Yazit bin Kechik & Abdul Halim bin Mohd Naam,
Bahagian Pendidikan Islam.
4- Isu Akidah Dalam Kalangan Guru dan Murid
Dr. Maimun binti Daud,
IPGM Kampus Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5- Program j-QAF : Cabaran kini, Harapan Masa Depan
Prof Madya Dr Asmawati bt Suhid,
Ketua Jabatan Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
6- Kerjasama Pihak Berkuasa Agama Dalam Memartabatkan Pendidikan Islam Negara
Y. Bhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mahmud Zuhdi bin Abd Majid,
Kuliyah of Islamic revealed Knowledge and Human Science, IIUM.
7- Pendidikan Islam Negara Pada Masa Hadapan
Y. Bhg Dato’ Sri Abd. Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
8- Penghayatan Islam Melalui Amalan Pengajaran dan Pembelajaran
Y. Bhg Dato’ Prof Madya Dr. Abdul Halim bin Tamuri, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
9- Kecerdasan Sosial Dan Emosi Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam
Dr. Khadijah bt Alvi, Pusat Pengajian Lanjutan, Universiti Putra Malaysia.
10- Tajdid ilmu dalam Pendidikan Islam
Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Sidek bin Baba,
Fakulti Pendidikan IIUM, Universiti Islam Antarabangsaan Malaysia (IIUM).
11- Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Holistik
Dr. Hasni bin Mohammed, Managing Director ADNI Islamic International School, Setiawangsa.
12- Kurikulum Tahfiz Dalam Sistem Pendidikan Negara
Dr. Azmir bin Hashim, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak Darul Ridzwan.
13- Kompetensi Pelajar Muslim Di Institusi Pendidikan Tinggi
Prof. Dr Zulkiple bin Abd Ghani, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.
14- Kedudukan Islam Di Bawah Perlembagaan Dalam Konteks Pembentukan dan Pelaksanaan Dasar Pendidikan Negara
Hj. Naser bin Disa, Timbalan Pengarah (Syariah), Jabatan Peguam Negara.
15- Majlis Perasmian Penutup
Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi,
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Antara slot yang paling menarik ialah pembentangan 2 orang tokoh pendidikan negara kita iaitu Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan dan Prof Dr Sidek Baba. Sedikit catatat yang sempat saya buat dan telah dikongsikan di FB:
"Sistem pendidikan yang Islami belum menjadi arus perdana tetapi dengan kemenangan golongan Islamist di negara2 Arab ia akan menjadi harapan baru bagi menggantikan sistem pendidikan kebangsaan, tidak ketinggalan juga di negara kita.." (mafhum petikan ucapan Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan, Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan 2011, 5 Dis 2011)
"Cabaran Keilmuan dalam Transformasi Pendidikan ialah bagaimana kita dapat mengolah semula sumber2 Thurathi (kitab2 ulama silam) bagi membangunkan kurikulum yang Qurani dan Islami, di samping memanfaatkan sumber2 lain, secara konseptual dan kontekstual.." (mafhum petikan ucapan Prof Dr Sidek Baba, Kongres Pendidikan Islam Kebangsaan 2011, 6 Dis 2011)
Apabila mereka menyebut berulangkali istilah "Tauhidik", "Islami" dan "Holistik" ketika membicarakan tentang sistem pendidikan Islam, ia mengingatkan saya tentang persidangan antarabangsa tentang Pendidikan Islam yang saya hadir pada tahun 2007 dulu. Istilah "Tauhidik" sebenarnya merupakan cetusan idea Al-Marhum Dawood Tawhidi di mana beliau telah membina satu contoh model sistem Pendidikan Islam yang holistik di Amerika Syarikat.
Begitu juga ini kali kedua saya dapat mendengar pembentangan Dr Hasni bin Mohammed tentang Pendidikan Islam Melalui Pendekatan Holistik dengan mengambil model ADNI Islamic School sebagai contoh.
Apa yang penting dapatan daripada kongres ini ialah betapa pentingnya pendidikan Al-Quran dan Sunnah didahulukan dan diutamakan untuk diletakkan sebagai asas dan dasar dalam sistem pendidikan kerana itulah yang menjadi tunjang kejayaan pendidikan para Rasul, Nabi, Sahabat, para ulama dan semua mereka yang telah mengikut jejak langkah ini dalam membina tamadun Islam dan generasi ummah yang terbilang.
Oleh itu, selaras dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi negara, maka sepatutnya dasar dan sistem pendidikan negara digubal berpaksikan kepada ajaran Islam dan bukannya sekularisme.
Tn Hj Mahamad Naser bin Disa, Timbalan Pengarah (Syariah), Jabatan Peguam Negara menyebut dalam kertas kerja beliau di kongres ini:
"Menurut Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Senarai 1 Jadual Kesembilan, pendidikan secara umumnya berada di bawah bidang kuasa Persekutuan. Selaras kedudukan Islam sebagai agama negara, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kerajaan Persekutuan untuk menggariskan dasar-dasar pendidikan Negara yang berpaksikan kepada ajaran Islam dan bukannya sekularisme. Inilah komitmen Yang DiPertuan Agong (YDPA), Ketua Utama Negara yang wajib dipikul oleh Kerajaan dan juga para penggubal dasar dan termasuk para pendidik. Hanya dengan memartabatkan Pendidikan Islam, segala cabaran yang membelenggu dan yang mendatang akan dapat ditangkis dengan berkesan".
(Kertas kerja: Memperdanakan Pendidikan Islam di Malaysia ke arah memartabatkan Islam sebagai agama Negara, halaman 7)

0 komen:
Post a Comment