Tuesday, January 31, 2012

Buku: Pengajaran Bahasa Arab Menerusi Al-Quran

Kesempatan 'kelik' ke Kota Bharu pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini memberikan saya peluang untuk ke Kedai Buku Jaafar Rawas yang terkenal sebagai khazanah penjualan buku-buku agama sama ada untuk kegunaan pondok, sekolah, universiti dan orang ramai.

Berada di kedai buku ini seperti berada di dalam Maktabah Ar-Risalah, Amman, Jordan, yang sangat popular di kalangan pelajar Malaysia di Jordan untuk 'memborong' kitab-kitab Arab. Kadangkala mata terlalu asyik sehingga tidak sedar sudah lebih sejam berlalu.

Salah satu buku yang berjaya menambat hati saya ialah buku tulisan Prof Madya Puan Sri Datin Sohair Abdel Moneim Sery ini. Buku ini berjaya mengisi 'kekosongan' pembelajaran Bahasa Arab peringkat awal untuk masyarakat umum dengan mengintegrasikan ilmu bahasa dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

Cara penulisannnya mudah untuk dibaca dan difahami serta tersusun seperti:
1- Perbualan mengikut situasi tertentu.
2- Huraian dan penerangan tentang perkataan-perkataan yang digunakan dalam perbualan tersebut.
3- Memberikan contoh ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan perkataan-perkataan itu tadi.

3 komen:

Kancil 8349 said...

salam perkenalan daripada kancil...kalau sudi jomlah singgah ke blog Kancil

senseiisya11 said...

salam ustaz, bgmn jika ana nk bli buku ni? blh ke melalui ustaz?

Nazri Samsudin said...

sori lambat reply,
buku ni memang kena beli kat Kedai Buku Jaafar Rawas tu, saya tak pasti kat kedai2 buku lain ada ke tak..