Saturday, January 28, 2012

Dokumen Standard Prestasi (DSP) dalam Bahasa Arab?

Ada seorang guru bertanya dalam FB "Guru2 Bahasa Arab SK SeMalaysia" tentang istilah Dokumen Standard Prestasi (DSP) dalam Bahasa Arab. Maka saya pun jawablah: الوثيقة المعيارية للتقييم. Kemudian, kebetulan sahabat FB saya Dr Mohd Hilmi, pensyarah Bahasa Arab UPSI sedang online, maka saya pun menyemak dengan beliau:

KEMASKINI:
Setelah menyemak dan merujuk semula dalam laman-laman web yang dipercayai dalam bidang pendidikan (setelah mencari dengan menggunakan perkataan "مصطلحات تربوية" dalam Google), maka saya lebih suka dengan istilah: "وثيقة الأداء المعياري" atas beberapa sebab:

1- Dokumen Standard Kurikulum (DSK) diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai "Curriculum Standards Document" manakala Dokumen Standard Prestasi (DSP) pula sebagai "Performance Standards Document".
2- Oleh itu, saya rasa lebih baik untuk mengekalkan terjemahan asal perkataan "Prestasi" = "Performance" = "الأداء".
3- Manakala istilah PBS atau dalam Bahasa Inggerisnya "School Based Assessment" diterjemahkan dalam Bahasa Arab sebagai "التقييم المدرسي". Oleh itu, perkataan "Pentaksiran" = "Assessment" = "التقييم" manakala "التقويم" = "Evaluation".
4- Oleh kerana DSK diterjemahkan sebagai "وثيقة المنهج المعياري" maka untuk DSP saya lebih suka menterjemahkannya sebagai "وثيقة الأداء المعياري".

Wallahu A'lam.

RUJUKAN:
1- Laman web rasmi Prof Dr Ibrahim bin Abdullah Al-Mohaissin (Fakulti Pendidikan, Universiti Thaibah, Madinah, Arab Saudi).
2- Muat turun "قاموس مصطلحات تربوية" (Kamus Istilah Pendidikan) dari laman web rasmi "World Association of Arab Translators and Linguists".
3- Laman web "شبكة ينابيع تربوية".

1 komen:

miorjqaf said...

akhi..
macamana kalau guna kalimah التقويم. lebih sesuai dengan maksud PENTAKSIRAN. Kitakan dah tak guna "penilaian/التقييم" lagi..

Apa kata.. وثيقة المعيار التقويمية

wallhua a3lam