Tuesday, January 3, 2012

Sembang FB: KSSR, PBS dan negara maju

Bermula sesi persekolahan 2012 ini, para ibu bapa dan guru sibuk dengan urusan masing-masing. Ibu bapa sibuk menghantar anak ke sekolah -khususnya anak Tahun 1- manakala guru pula sibuk menyiapkan keperluan dan persediaan P&P pada hari pertama persekolahan.

Ada ibu bapa yang sangat prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka, apatah lagi yang mempunyai anak yang baru masuk ke alam persekolahan, dan mereka ini peka juga dengan pelaksanaan KSSR dan PBS yang telah bermula pada tahun 2011.

Dalam FB KISAS SPM 1995, apabila ada isu pendidikan timbul, maka sayalah antara yang menjawab dan memberi penjelasan. Kami merupakan kumpulan yang telah mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah rendah seiring dengan usia kami yang sudah 'semakin tua tetapi masih muda'.. hehe.

Berikut saya paparkan sembang mesra sesama kami tentang pelaksanaan KSSR, PBS dan perbandingannya dengan pendidikan di negara maju. Ada yang pernah bersekolah di UK, ada yang pernah beruniversiti di UK dan ada yang sedang beruniversiti di New Zealand.




4 komen:

miorjqaf said...

Tahniah!
JLU yang mantap..

Semoga 2012 menjanjikan yang lebih baik dan terbaik utk enta.. Sekurang2nya.. GC!.. mudah2an.. :)

Nazri Samsudin said...

oh tidak ya akhi..
saya sekadar melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), amanah tersebut terasa lebih bebannya apabila tahun lepas diberi Watikah Perlantikan oleh KPPM sebagai JU KSSR & PBS.

Semoga tahun ini menjanjikan lebih baik untuk kita semua :)

a.k.a sangbayu said...

salam.. tuan .... penerangan yang baik sekali tuan... sayang...kan masih ramai yang kurang faham hasrat KPM mungkinkah kerna tanggapan terhadap parti pemerintah mengaburi penilaian mereka

Nazri Samsudin said...

ye betul tu..

susah nak terangkan sesuatu yang baik kepada seseorang yang sudah ada tanggapan dan persepsi serta prasangka negatif, kalau boleh bagi dia semua benda nak dipolitikkan :)