Sejak filem ini dipopularkan melalui Youtube dan Facebook pada minggu lepas, sudah 2 kali saya menontonnya bersama keluarga. Ini merupakan filem Islami Indonesia kedua saya tonton selepas menonton filem "Di Bawah Lindungan Kaabah" pada cuti Tahun Baru Cina lepas.
Walau bagaimanapun, filem "Hafalan Shalat Delisa" lebih dekat di hati kerana ia menggambarkan kehidupan kanak-kanak yang belajar tentang Solat dengan ustaznya melalui watak Delisa dan kawan-kawannya yang bertungkus-lumus menghafal bacaan Solat dan menduduki ujian Amali Solat dengan Ust Abd Rahman.

0 komen:
Post a Comment